Monday 7 May 2012

Tingkatan 4 - Bab 4 : Perniagaan Antarabangsa

BAB 4 : Perniagaan Antarabangsa

  1. Maksud Perniagaan Antarabangsa.

  • kegiatan jual beli antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.
  • ia terdiri daripada tiga cabang utama iaitu import, eksport dan entrepot.
  • Ketiga-tiga dikategorikan kepada dua jenis iaitu nyata dan tak nyata.

  1. Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa.

-     Perbezaan sumber alam semulajadi.
·         sumber alam, jenis iklim dan tanah yang dikurniakan berbeza
·         sebuah negara mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan olehnya

-          Perbezaan kos pengeluaran.
·         sebuah negara menumpu kepada pengeluaran barang yang dihasilkan 
          dengan kos paling minima berbanding negara lain. 
·         barang yang tidak dapat dihasilkan secara efektif akan diimport

-          Perbezaan tingkat teknologi
·         Tingkat teknologi yang tinggi membolehkan proses pengeluaran dilakukan 
          dengan kos lebih rendah dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

-          Hubungan antarabangsa.
·         interaksi antara negara mewujudkan kehendak serentak antara pembeli 
          dan penjual.
·         hubungan diplomatik mewujudkan perniagaan antara negara-negara di 
          dunia
  1. Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Kepada Pengguna, Pengeluar dan Negara

-          Kepentingan Kepada Pengguna

·         Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
- sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk  
  memenuhi  keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.
- Barang yang tidak ada dalam negara perlu diimport.

·         Mempelbagaikan pilihan pengguna.

- Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.
- Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di  
  pasaran.

·         Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.

- Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan 
  pengeluaran skala besar dijalankan.
- Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
- Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar 
  tempatan 
- meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
- Pengguna dapat menikmati barang berkualiti tinggi pada tahap harga yang 
   rendah.

·         Meningkatkan taraf hidup.

- ia dapat memenuhi kehendak pengguna
- mempelbagaikan pilihan pengguna
- menikmati barang berkualiti pada harga rendah
- menikmati keselesaan hidup daripada barang yang digunakan
- memenuhi cita rasa pengguna

·         Menambahkan peluang pekerjaan.

- perniagaan eksport, import dan entreport memerlukan tenaga kerja yang mencukupi supaya kerja berjalan dengan lancar.

·         Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
- pengguna terdedah kepada pelbagai pertukaran teknologi dan ilmu 
   pengetahuan dari negara lain.

-          Kepentingan Kepada Pengeluar

·         Pasaran yang lebih luas

- kuantiti jualan meningkat dan keuntungan bertambah kerana barangan dapat dieksport ke pasaran dunia yang lebih luas.



·         Pengeluaran berskala besar
- pengeluar mengkhusus dalam pengeluaran yang ada kecekapan dan
  kepakaran
- pengeluar menjalankan pengeluaran besar-besaran kerana pasaran luas
- firma tempatan akan berusaha menurunkan kos pengeluaran,
  meningkatkan keuntungan ,operasi lebih cekap dan efektif, keluaran lebih
  berdaya saing dan mencapai ekonomi bidangan

·         Pertukaran pengetahuan dan teknologi
- hubungan dua hala menggalakkan pertukaran maklumat, pengetahuan dan teknologi
- pengeluar dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti keluaran

·         Lebih banyak sumber bekalan diperoleh
- pengeluar dapat mencari bekalan bahan mentah dengan mudah
- bahan mentah yang tidak ada dalam negara dapat diimport bagi
  membolehkan proses pengeluaran berterusan

·         Menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang
- ekonomi mengikut skel dinikmati kerana pasaran luas.
- kos yang dijimatkan digunakan bagi meningkatkan kualiti barangan

-          Kepentingan Kepada Negara

·         Menambahkan pendapatan negara dan hasil kerajaan
- melalui duti kastam ke atas import dan eksport
- cukai pendapatan ke atas keuntungan
- kerajaan menambah peruntukan untuk projek pembangunan negara

·         Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa
- hubungan dua hala yang baik terjalin dalam aspek ekonomi, social, politik,    kebudayaan dan teknologi

·         Mendapat pertukaran asing
- kegiatan eksport menyebabkan mata wang asing mengalir masuk
- pendapatan meningkat dan ekonomi kukuh akibat daripada imbangan dagangan lebihan

·         Mengurangkan pengangguran
- pertumbuhan sector pembuatan dan perkhidmatan mewujudkan banyak peluang pekerjaan

·         Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan kepakaran
- mengimport bahan mentah dan kepakaran dari negara lain

·         Meningkatkan imbangan pembayaran negara
- penerimaan pembayaran eksport nyata dan tak nyata menyebabkan pengaliran masuk modal
- imbangan pembayaran positif

  1. Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

-          Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa

·         Urusniaga yang berasaskan pertukaran
- melibatkan penjual dan pembeli bersetuju bertukar barang
- nilai pertukaran diukur dengan mata wang

·         Matlamat untuk mencari keuntungan
- ganjaran kepada pengusaha perniagaan

·         Memenuhi keperluan dan kehendak manusia
- menerusi proses jual beli

·         Mengamalkan pengkhususan
- guna pendekatan terbaik untuk menikmati ekonomi bidangan

·         Memerlukan factor-faktor pengeluaran yang sama
- gunakan modal, tanah, buruh dan usahawan untuk beroperasi dengan lancar

 

·         Memerlukan bantuan perniagaan yang sama
- melibatkan kegiatan mengagih barangan kepada pengguna akhir maka bantuan perniagan digunakan

-          Perbezaan perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri
Perniagaan Antarabangsa
1. ia merangkumi aktiviti borong dan runcit
1. ia merangkumi aktiviti import,
    eksport dan entreport
2. jenis pengangkutan yang biasa
   digunakan ialah kereta api, lori, van
2. jenis pengangkutan yang biasa
   digunakan ialah kapal laut atau  
   kapal terbang
3. tidak wujud banyak sekatan   
    kepada peniaga
3. wujud pelbagai sekatan
    perdagangan antarabangsa   
    seperti tariff, kuota,  embargo
4. Aktivitinya hanya dijalankan
   dalam negeri sahaja

4. Aktivitinya merentasi sempadan
    Negara
5. Melibatkan penggunaan satu jenis
    mata wang saja
5. melibatkan penggunaan
    pelbagai mata wang asing
6. perniagaan ini menghadapi  
    tingkat risiko yang lebih rendah
6. Perniagaan ini menghadapi
    tingkat risiko yang lebih tinggi
7. melibatkan penggunaan
    dokumentasi yang lebih mudah   
    berbanding perniagaan   
    antarabangsa

7. melibatkan penggunaan
    dokumentasi yang lebih rumit


  1. Maksud Perniagaan Import, Eksport dan Entreport

-          Perniagaan import        – membeli barang atau perkhidmatan dari  
                                                       negara lain
-          Perniagaan eksport      – menjual barang dan perkhidmatan kepada             
                                                       negara lain
-          Perniagaan entreport    – aktiviti mengimport barang dari negara
                                                       asing, diproses atau disimpan dan dieksport  
                                                       semula ke negara lain
-          Import nyata                   - membeli barang berbentuk fizikal dari negara  
                                                       luar
-          Import tak nyata             - membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh
                                                       negara luar
-          Eksport nyata               - menjual barang berbentuk fizikal ke negara                                                  yang lain
-          Eksport tak nyata         - menjual perkhidmatan yang disediakan oleh
                                                     rakyat  tempatan kepada negara luar
-          Untuk meningkatkan nilai barang – peniaga entreport memproses semuala 
            barang import sebelum dieksport

  1. Prosedur Import dan Eksport
-          Prosedur import

1. Mematuhi kehendak undang-undang
Akta Kastam 1967 – mengawal pengimportan jenis barang

2. Membuat pesanan
Inden
·         menghantar surat pesanan kepada pengeksport
·         pengimport dapatkan surat jaminan kredit dari bank atas nama     
·         pengeksport
·         surat kredit dihantar bersama inden
·         pengimport tunggu pengesahan pengeksport





No comments:

Post a Comment