Monday, 7 May 2012

Tingkatan 4 - Bab 1 : Asas Kepada Perdagangan


 BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN

KEPERLUAN
KEHENDAK
  • Mesti dipenuhi untuk terus hidup (Makanan,Pakaian, Rumah)
  • Untuk hidup dengan lebih selesa        (Kereta, Komputer,TV)
  • Sama untuk semua orang
  • Berbeza ikut taraf hidup
  • Tuntutan semulajadi
  • Dari pengalaman
  • Mudah dipuaskan
  • Tidak terhad
  • Mengikut peringkat -Maslow
  • Tiada keutamaan

Keperluan mengikut Hireraki Maslow 

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
1.      Keperluan Fisiologi 
   Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
a.       Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur, rehat,kesihatan
b.      Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian, tempat tinggal

2.       Keperluan Sosial 
     Ada 2 keperluan pada tahap ini.
a.       Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
b.      Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan

3.     Keperluan Rohani 
- Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
-  Juga dipanggil sempurna kendiri

PENGELUARAN
      Pengeluaran  -  aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi keperlua dan kehendak
                          -  proses mencipta nilai faedah

 
NILAI FAEDAH
 Nilai Faedah Bentuk 
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna

 Nilai Faedah Masa 
- Menyimpan barang hingga diperlukan

Nilai Faedah Milikan 
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan

 Nilai Faedah Tempat 
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan

JENIS PENGELUARAN
Pengeluaran  langsung – sara diri
Pengeluaran tak langsung  - perlu bantuan pihak lain

CABANG PENGELUARAN
 Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan   
 Perdagangan
 Khidmat Langsung

FAKTOR PENGELUARAN
Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
Buruh – usaha manusia  secara fizikal/mental
      Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
Modal – Harta benda,sumber kewangan

      USAHAWAN
Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi mengeluarkan barangan.

    CIRI USAHAWAN: 


1.    Kreatif – berupaya mencipta
2.    Inovatif – boleh mengubah suai
3.    Berani menghadapi risiko
4.    Berkebolehan mengurus
5.    Rajin
6.    Yakin
7.    Berjimat
8.    Tabah
9.    Berusaha
10. Bertanggung jawab
11. Berpandangan jauh
12. Bijak merebut peluang
13. Membuat keputusan yang bijak
                    
             PERANAN USAHAWAN

1.    Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan  mencipta barang baru
2.    Mewujudkan peluang pekerjaan
3.    Meningkatkan taraf hidup
4.    Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
5.    Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
6.    Menggalakkan pertukaran wang asing

BEZA PENIAGA DAN USAHAWAN

PENIAGA
USAHAWAN
  • Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
  • Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
  • Matlamat untuk untung sahaja
  • Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
  • Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
  • Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan pasaran yang lebih luas.


SISTEM BARTER 
  • Aktiviti barang tukar dengan barang
  • Tidak gunakan wang atau orang tengah
SYARAT SISTEM BARTER
  • Kemahuan serentak
  • Ada lebihan barang
MASALAH SISTEM BARTER
  • Sukar mendapatkan kemahuan serentak
  • Sukar tetapkan nilai barang
  • Sukar tetapkan kadar pertukaran
  • Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
  • Barang tidak tahan lama
  • Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak

MAKSUD PENGKHUSUSAN

  • Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
  • Bagi memenuhi keperluan dan kehendak

JENIS PENGKHUSUSAN

  1. Pengkhususan mengikut profesion
    • Kerja berdasarkan pengetahuan – cth: Guru,doktor,polis dll
  1. Pengkhususan mengikut proses
    • Pembahagian kerja dikilang
    • Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
    • Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
  1. Pengkhususan mengikut kawasan
    • Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan dalam negara
    • Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang – Kilang
  1. Pengkhususan antarabangsa
    • Perbezaan pengeluaran antara   negara
    • Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik

KELEBIHAN PENGKHUSUSAN
  • Meningkatkan pengeluaran
  • Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati ekonomi bidangan
  • Meningkatkan kualiti
  • Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
  • Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
  • Meningkatkan kemahiran
  • Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
  • Meningkatkan peluang pekerjaan

KEKURANGAN PENGKHUSUSAN
  • Pekerja mudah bosan
  • Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
  • Tidak kreatif
  • Susah berpindah ke pekerjaan lain
  • Kos beli mesin mahal
  • Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
  • Boleh tergendala jika satu proses terhenti
  • Kos latih pekerja mahal
  • Penggangguran naik kerana banyak guna mesin





































































































































































No comments:

Post a Comment