Monday 7 May 2012

Tingkatan 4 - Bab 3 : Perniagaan Dalam Negeri

BAB 3 : Perniagaan Dalam Negeri

Soalan : Terangkan maksud Perniagaan dalam negeri
  • aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan - antara penduduk dalam sesebuah negara.
  • Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.
  • terdiri drpd dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

Saluran Agihan

Soalan : Nyatakan maksud saluran agihan

proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

 

Soalan : Jelaskan bentuk Saluran Agihan

1. PENGELUAR - PEMBORONG - PERUNCIT – PENGGUNA
·         Barang yang sesuai -  barang keperluan dapur (bernilai  kecil dan diperlukan dalam  
           kuantiti kecil) 
2. PENGELUAR - EJEN - PERUNCIT – PENGGUNA
·         hasil penerbitan seperti surat khabar, majalah 
3. PENGELUAR - PEMBORONG – PENGGUNA
·         bahan pembinaan rumah seperti batu-bata dan simen.
4. PENGELUAR - PERUNCIT – PENGGUNA
·         barang-barang yang memerlukan khidmat nasihat pakar dan barang-barang tahan  
          lama
5. PENGELUAR - EJEN – PENGGUNA
·         barang pengguna spt barang kosmetik, pakaian
6. PENGELUAR – PENGGUNA
·         barang yang tidak tahan lama - hasil pertanian, barang tempahan khas – pakaian 
           individu , barang bemilai tinggi - kapal terbang & perkhidmatan profesional - doktor

Soalan : Jelaskan Faktor Pemilihan Saluran Agihan

1. Jenis barang
     barang cepat rosak – pengeluar - pengguna
     barang elektrik yang tahan lama – melalui pemborong & peruncit
2. Sasaran pasaran
dikenal pasti - dibekalkan terus oleh pengeluar
belum dikenalpasti - melalui pemborong & peruncit  
3. Liputan pasaran
luas - perkhidmatan pemborong, peruncit dan ejen dikehendaki oleh pengeluar
terhad - pengeluar sendiri boleh memasarkan

4. Keupayaan pengeluar
syarikat besar - menyediakan saluran agihan sendiri
Syarikat kecil - bergantung kepada pemborong dan peruncit
5. Kos pengangkutan
menyediakan kenderaan sendiri – kosnya tinggi
syarikat besar - mampu biaya
Syarikat kecil – kurang mampu

PERNIAGAAN RUNCIT

Fungsi Peruncit

1.    MEMECAHKAN PUKAL
·         menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir. 
2. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KREDIT
·         kepada pelanggan tetap
3. PERKHIDMATAN SELEPAS JUALAN
·         menghantar barang ke rumah 
4.    MEMBERI KHIDMAT NASIHAT DAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
·         cita rasa dan sambutan pengguna - berguna kepada pengeluar - mutu produk
·         menasihati pengguna - mutu, harga dan cara guna serta produk terbaru
5. MENDIRIKAN PREMIS PERNIAGAAN BERHAMPIRAN PELANGGAN
·         mudah dikunjungi  - menjimatkan kos pengangkutan dan masa.
6. MENGURUS STOK
·         memastikan bekalannya sentiasa mencukupi
7.    MELAKUKAN KERJA-KERJA AKHIR
·         menggred, menimbang, membungkus
8. MENGAGIHKAN BARANG-BARANG
·         berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau  
           pengeluar

Jenis Perniagaan Runcit
·         perniagaan runcit terdiri drpd perniagaan runcit kecil-kecilan dan besar-besaran.
·         perniagaan runcit kecil-kecilan terdiri drpd peruncit tanpa kedai dan berkedai
·         peruncit tanpa kedai terdiri drpd penjaja dan pegerai
·         peruncit berkedai terdiri drpd pekedai am dan pekedai khusus
·         perniagaan runcit besar-besaran pula terdiri drpd pasar raya, gedung aneka  
          jabatan,   pasar raya besar, kedai sejaras dan koperasi runcit
·         bentuk lain peruncitan terdiri drpd mesin peruncitan automatik, pesanan mel, 
          francais,  jualan langsung, e-dagang, televisyen interaktif dan kedai katalog.

Contoh: Pasar Raya Sakan yang terdapat di Tanjung Malim, Perak.

Soalan : Jelaskan dengan contoh Jenis Perniagaan Runcit Kecil-kecilan
Perniagaan runcit tanpa kedai
·         tidak mempunyai premis tetap.
·         bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
·         berbentuk milikan tunggal.
·         perlu dapatkan lesen daripada kerajaan tempatan
·         terdiri drpd pegerai dan penjaja
·         Pegerai - gerai kecil di suatu lokasi yang tetap - di kaki lima, pasar besar
·         Terdiri drpd gerai tetap dan gerai sementara.
·         Penjaja - secara bergerak dari satu tempat ke tempat lain

1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete