TEKNIK MENJAWAB SPM PERDAGANGAN KERTAS 1
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM
KERTAS 1 ( 3755/1 )
SENARAI SUKATAN BARU MULAI TAHUN 2004
BAB 1- ASAS KEPADA PERDAGANGAN
BAB 2-UNSUR PERDAGANGAN
BAB 3- PERNIAGAAN DALAM NEGERI( RUNCIT,BORONG,DOKUMEN PERNIAGAAN,KAEDAH JUALAN )
BAB 4- PERNIAGAAN ANTARABANGSA
BAB 5- INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
BAB 6- PEMILIKAN PERNIAGAAN
BAB 7- PELABURAN
BAB 8- PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN YANG LAIN
BAB 9- INSURANS
BAB 10- PENGANGKUTAN
BAB 11- KOMUNIKASI
BAB 12- PERGUDANGAN
BAB 13- PROMOSI
BAB 14-PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN
BAB 15- KONSUMERISME
FORMAT SPM KERTAS 1
· TERDIRI DARI 40 SOALAN OBJEKTIF ( ANEKA PILIHAN )
· JAWAB SEMUA SOALAN
· MASA MENJAWAB: 1 JAM 15 MINIT
· CADANGAN MASA : 1 SOALAN = 1.875 MINIT SATU SOALAN
· MERANGKUMI SEMUA TAJUK TINGKATAN 4 DAN 5
· SOALAN 1-20: BAB TINGKATAN 4 ( 7 BAB )
· SOALAN 21-40 BAB TINGKATAN 5 ( 8 BAB )
· SOALAN MENGIKUT ARAS KESUKARAN 5:3:2 ( 20 SOALAN ARAS RENDAH, 12 SOALAN ARAS SEDERHANA DAN 8 SOALAN ARAS TINGGI )
· 60% PENGETAHUA N & KEFAHAMAN, 40% KEMAHIRAN
· MENYUMBANGKAN 40% DARI KESELURUHAN MARKAH
STRATEGI KERTAS 1
· ANALISIS SOALAN- HALUSI KEHENDAK SOALAN:
· STRATEGI “KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT”
1. KENALPASTI TOPIK SOALAN
2. KENALPASTI KUNCI SOALAN/KATA TUGAS SOALAN
3. KENALPASTI KEHENDAK SOALAN
4. KAJI “PENGACAU JAWAPAN”
5. TEPATKAN JAWAPAN
· BAHAGIKAN KEPADA 3 PUSINGAN JAWAPAN
PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 1
· SOALAN MUDAH
· SOALAN PERNYATAAN/KES
· SOALAN ANEKA GABUNGAN
DUA PILIHAN JAWAPAN DAN TIGA PILIHAN JAWAPAN
· SOALAN BERGAMBAR
· SOALAN PENGIRAAN
CONTOH STRATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 1 PERDAGANGAN MELALUI STRATEGI
“KENAL-KUNCI-KEHENDAK-KAJI-TEPAT”
Contoh soalan:
1.Pernyataan yang manakah menerangkan ciri peniaga……………………Topik: Bab 1
Kata kunci:ciri peniaga
Kehendak soalan:menerangkan
Ciri peniaga
A Mengembangkan pernigaan secara kreatif…………………………..…….Kaji pengacau: ciri usahawan
B Mementingkan khidmat kepada masyarakat………………………...……Kaji pengacau: ciri usahawan
C Memiliki wawasan untuk memajukan perniagaan………………………Kaji pengacau: ciri usahawan
D Melakukan aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan……..Kaji & tepatkan jawapan: ciri
peniaga
contoh soalan:
2. Pernyataan manakah merupakan fungsi peruncit?............................Topik: Bab 3
Kata kunci: fungsi peruncit
Kehendak soalan:merupakan
fungsi peruncit
I Menjual pelbagai jenis barang……………………………………………………Kaji jawapan:fungsi peruncit
II Membiayai modal pemborong……………………………………………………Kaji pengacau:fungsi
pemborong
III Menstabilkan harga barang………………………………………………………..Kaji pengacau:fungsi .
pemborong
IV Memberi perkhidmatan selepas jualan……………………………………….Kaji jawapan:fungsi peruncit
A I dan II
B I dan IV……………………………………………………………………………………….Tepatkan pilihan jawapan:
Fungsi peruncit
C II dan IV
D III dan IV
STRATEGI MENJAWAB KERTAS 1 MELALUI 3 PUSINGAN
TABURAN JAWAPAN
|
PUSINGAN 1
YAKIN 100%
BETUL
|
BAKI BELUM JAWAB
( A-B)
|
PUSINGAN 2
|
BAKI BELUM JAWAB
( C-D )
|
PUSINGAN 3
|
BAKI
E-F
|
A
|
B
|
C
|
D
|
E
|
F
|
G
|
A=10
|
7
|
3
|
2
|
1
|
0
|
0
|
B=10
|
8
|
2
|
2
|
0
|
0
|
0
|
C=10
|
5
|
5
|
3
|
2
|
2
|
0
|
D=10
|
6
|
4
|
2
|
2
|
2
|
0
|
JUMLAH=40
|
26
|
14
|
9
|
5
|
0
|
Contoh soalan:
1.Antara berikut yang manakah menjelaskan proses pengeluaran langsung?
A. Aktiviti untuk menghasilkan barang.
B. Aktiviti menambah nilai faeadah sesuatu barang
C. Aktiviti menghasilkan keluaran untuk jualan langsung
D. Aktiviti menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri
2.Pernyataan yang manakah merupakan ciri gudang yang baik?
A. Lokasi di pusat Bandar
B. Hiasan dalam yang menarik
C. Ruang simpanan yang luas
D. Buruh banyak digunakan
3.Antara yang berikut, yang manakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah jualan prabayar?
I Saiz pasaran
II Aliran tunai meningkat
III Penjual berhak menarik balik barang
IV Barang yang dijual tidak dapat dipulangkan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
4.Pernyataan berikut berkaitan kilang papan lapis di Sungai Petani, Kedah.
Encik
Lim adalah pengusaha kilang papan lapis di Sungai Petani, Kedah.
Beliau menjual papan lapis kepada pengusaha perabot di Ipoh dan Kangar
|
Apakah jenis nilai faedah yang terlibat?
A. Nilai faedah bentuk
B. Nilai faedah bentuk dan tempat
C. Nilai faedah bentuk,tempat dan milikan
D. Nilai faedah bentuk,tempat, milikan dan masa
5.Antara yang berikut yang manakah faktor perkembangan jualan langsung?
I Kesesakan lalu lintas
II Pengguna semakin sibuk
III Kos pengiklanan semakin mahal
IV Peningkatan kos pengangkutan awam
A. I,II dan III
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN SPM KERTAS DUA 3755/2
Format SPM
· Kertas soalan kertas dua terdiri dari Bahagian A dan Bahagian B
· Calon dikehendaki menjawab tiga soalan dari Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B ( soalan Kajian kes )
· Calon
dinasihatkan supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam
bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam bahagian B.
· Peruntukkan masa bagi setiap soalan ialah 20-25 minit bagi setiap soalan bahagian A
· Markah bagi setiap soalan ialah 25 markah yang terdiri dari pelbagai pecahan soalan.
· Markah keseluruhan ialah 100 markah dan menyumbangkan 60 % dari keseluruhan markah.
· Rancang masa dengan bijak.Jangan lebihkan masa menjawab bagi soalan yang calon rasa lebih senang.
v TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1. MEMBACA SEMUA SOALAN.
2. TELITI KEHENDAK SOALAN-LIHAT PERKATAAN AWAL SETIAP SOALAN.
3. RANCANGKAN JAWAPAN.
4. TANDAKAN SOALAN YANG AKAN DIJAWAB.
5. TERUS MENJAWAB TANPA PENGENALAN DAN KESIMPULAN –TERUS KEPADA ISI.
6. ISI JAWAPAN-BERDASARKAN JUMLAH PERKATAAN MARKAH (CONTAH: -5 ISI- UNTUK SOALAN JELASKAN).
7. GUNAKAN KERTAS BARASINGAN UNTUK SETIAP SOALAN.
v CARA MENGATASI MASALAH
1. GUNAKAN AYAT PENDEK ATAU SIMPLE.
2. JAWAB DALAM BENTUK POIN.
3. GUNAKAN KAEDAH TURUTAN AYAT-AYAT (SIMPLE-SUSAH).
4. ELAKKAN PENGGUNAAN ISTILAH-ISTILAH YANG CANGGIH ,JIKA TIDAK FAHAM MAKSUD SEPENUHNYA.
v KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON PEPERIKSAAN PERDAGANGAN
1. PENGGUNAAN BAHASA DAN ISTILAH YANG KURANG TEPAT- KESANNYA:-
a) PEMERIKSA TIDAK DAPAT MEMAHAMI ATAU MAKSUD YANG HENDAK DISAMPAIKAN DIRAGUI.
b) PENGGUNAAN ISTILAH YANG TIDAK TEPAT DAN JUGA SALAH- OLEH MAKSUD JAWAPAN SALAH.
2. BANYAK FAKTA DALAM SATU AYAT- MAKSUD AYAT AKAN KELIRU ATAU SUKAR DIFAHAMI.
3. PENGETAHUAN DAN PEMAHAMAN KONSEP YANG LEMAH.
4. PENGURUSAN MASA SEMASA PEMERIKSAAN TIDAK BETUL.
5. TEKNIK PENYAMPAIAN – TIDAK TERATUR:-
a) ISI TANPA KETERANGNAN
b) ISI BERULANGAN TETAPI DIANGGAP ISI TAMBAHAN.
c) SUSUN ATUR TIDAK TERATUR DAN BERTABURAN.
d) TIDAK IKUT KEHENDAK SOALAN.
6. LAIN-LAIN SEPERTI LEMAH BAHASA MELAYU DAN MENGGUNAKAN BAHASA KAMPUNG.
KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN
BIL
|
KATA TUGAS
|
RESPON YANG DIHARAPKAN
|
1
|
Apakah
|
Member maklumat yang khusus/ spesifik
|
2
|
Nyatakan
|
Memberikan fakta tanpa huraian/ sokongan
|
3
|
Terangkan
|
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.
Fakta dan huraian
|
4
|
Mengapakah
|
Memberi sebab
|
5
|
Bagaimanakah
|
Memperihalkan/memberikan penerangan tentang cara/ kaedah /langkah /kejadian .
|
6
|
Jelaskan
|
Member keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami ( 5 isi penting sahaja)
|
7
|
Bezakan
|
Memberi kelainan /ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
|
8
|
Bandingkan
|
Memberi persamaan dan perbezaan antara atau lebih perkara.
|
9
|
Huraikan
|
Memberikan Fakta, Huraian dan contoh
Panduan menjawab : beri
Fakta 1……..
Huraiannya……..
Contoh ………..
|
KAEDAH /BENTUK SOALAN
A) Apakah itu……………………..?
B) Jelaskan maksud……………………?
Format jawapan:
i) Definisi:……………………………………..
ii) Jenis/cabang:
a)………………………………………………………
b)………………………………………………………..
iii) Contoh:a)……………………………….
b)…………………………………………
Contoh soalan:
C) Bagaimanakah promosi membantu Encik Zaki,seorang pengusaha sos cili berjenama Sedap dalam menjalankan perniagaannya? ( 5 markah )
D)
Perhatian
Calon dikehendaki memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/kaedah/langkah
Mesti menulis Encik Zaki dan Jenama Sedap ( sekurang kurangnya sekali )
Contoh jawapan:
Promosi membantu Encik Zaki melalui:
1.Memperkenalkan atau memberitahu keluaran sos cili………………………………………( 1 markah )
2.Mewujudkan kesetiaan pembeli kepada jenama………………………………………………( 1 markah )
3.Meningkatkan jualan dan keuntungan………………………………………………………………( 1 markah )
4.Meluaskan pasaran sos………………………..sehingga……………………………………………..( 1 markah )
5.Menyaingi jenama sos lain seperti……………………………………………………………………….( 1 markah )
6.Jenis promosi yang sesuai digunakan oleh Encik………..ialah……………………………….( 1 markah )
Contoh soalan:
E) Mengapakah Encik Ahmad bertegas mahu mengekalkan milikan tunggalnya dan enggan menerima rakan kongsi? ( 8 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberi sebab: 4 markah bagi milikan tunggal dan 4 markah bagi perkongsian
Encik Ahmad bertegas mahu mengekalkan milikan tunggal kerana……
1…………………bebas menguruskan perniagaan mengikut kehendaknya…………..( 1 markah )
2…………………mempunyai dorongan untuk bekerja kuat………………………………….( 1 markah )
3…………………menikmati semua keuntungan……………………………………………………( 1 markah )
4…………………tidak
banyak peraturan yang perlu dipatuhi atau tidak perlu daftar semula
perniagaan kerana sudah tertubuh…………………………………………………………………………………..( 1
markah )
Encik Ahmad enggan menubuhkan perkongsian kerana………..
1.Tindakan seorang pekongsi melibatkan semua pekongsi…………………………..( 1markah )
2.Perlu berkongsi keuntungan……………………………………………………………………….( 1 markah )
3.Pendaftaran ahli masuk atau keluar lebih rumit berbanding milikan tunggal ( 1 markah )
4.Tiada kebebasan membuat keputusan atau konflik mudah berlaku…………….( 1 markah )
Contoh soalan:
F) Terangkan dengan contoh, jenis nilai faedah dalam pengeluaran . ( 6 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberikan Fakta (1), Huraian ( 1 ) dan Contoh ( 1)
2x3=6 markah
· Nilai faedah tempat…………………………………………………………………………………….( 1 markah )
-memindahkan barang k etempat yang mempunyai permintaan terhadapnya……. ( 1 markah )
-Contoh:kayu
balak di hutan diangkut ke kilang papan/contoh yang membawa maksud
perubahan tempat…………………………………………………………………………………………………….( 1 markah )
· Nilai faedah bentuk………………………………………………………………….……………………( 1 markah )
-mengubah bentuk asal sesuatu keluaran kepada lebih berguna………….…………………( 1 markah )
-Contoh:kayu kepada kerusi/contoh yang menggambarkan perubahan bentuk asal…. 1 markah )
Contoh soalan:
G) Encaik
Fadzly memiliki lima hektar tanah dan ingin menceburi aktiviti
pertanian. Pegawai pertanian memaklumkan bahawa beliau boleh
mengusahakan tanahnya secara pengeluaran langsung atau pengeluaran tak
langsung. Encik Fadzly memilih untuk mengusahakan tanahnya secara
pengeluaran tak langsung.
Mengapakah Encik Fadzly membuat keputusan demikian? ( 5 markah )
Contoh jawapan:
Calon dikehendaki memberikan sebab-sebab
Encaik Fadzly memilih mengusahakan tanahnya secara pengeluaran tak langsung
· Kerana boleh mengamalkan pengkhususan………………………………………………….( 1 markah )
-pengeluaran besar-besaran /ada lebihan…………………………………………………………..( 1 markah )
· Menikmati faedah ekonomi bidangan……………………………………………………………( 1 markah )
-kos pengeluaran seunit dijimatkan…………………………………………………..……………….( 1 markah )
· Membolehkan penggunaan mesin/jentera…………………………………………………..( 1 markah )
-kecekapan dan kemahiran meningkat/produktiviti maningkat…………….…………..( 1 markah )
· Membolehkan hasil lebihan dijual………………………………………………….…………….( 1 markah )
-mendapat pendapatan untuk membeli barang lain…………………………………………( 1 markah )
Contoh soalan:
H) Ladang
teh The Highland menghasilkan teh berkualiti berjenama Juwita di Tanah
Tinggi Cameron. Pekerjanya terdiri daripada buruh lading, penyelia
kilang dan pekerja pengeluaran. Daun the dipetik setiap hari, digredkan
dan dikeringkan untuk dijadikan serbuk teh di kilang yang dibina di
kawasan lading tersebut.
Terangkan dengan contoh, pengkhususan yang terlibat dalam situasi di atas.
( 8 markah )
Contoh jawapan:
Calon perlu beri 1 fakta, 1 Huaraian dan 1 Contoh.
Calon perlu menjawab dengan merujuk pada teks yang diberikan.
· Wujud pengkhususan mengikut kawasa……………………………………………………..( 1 markah )
-iklim/bentuk muka bumi yang berbeza di merata tempat…………………………( 1 markah )
-Contoh: Teh ditanam di Cameron Hinghland……………………………………………. ( 1 markah )
· Wujud penghkususan mengikut proses…………………………………………………….( 1 markah )
-terdapat pembahagian kerja yang diamalkan di kilang/ladang…………………( 1 markah )
-Contoh: teh dipetik/digred/dikeringkan/dibungkus……………………………….( 1 markah )
· Wujud penghkususan mengikut profesion/pekerjaan……………………………...( 1 markah )
-manusia mempunyai kemahiran/kebolehan yang berbeza……………………..( 1 markah )
-Contoh:Buruh ladang/penyelia kilang/pekerja pengeluaran…………………….( 1 markah )
Contoh skrip jawapan calon SPM.
Jenis nilai faedah dalam pengeluaran
Pengeluaran
bermaksud aktiviti dalam penghasilan barang atau perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Pengeluaran terbahagi kepada
empat jenis nilai faedah iaitu dari segi bentuk, tempat, masa dan
milikan.
Jenis
nilai faedah bentuk adalah dengan menghasilkan sesuatu bentuk untuk
kegunaan manusia dan memperoleh faedah daripadanya contohnya kayu balak
di dalam hutan, di tebang dan diproses bagi menjadi perabot untuk
kegunaan manusia.
Jenis
faedah tempat pula ialah dengan membawa sesuatu bahan yang ingin
diusahakan ke tempat yang bersesuaian dengannya misalnya, getah yang
dikutip dari lading getah di bawa ke kilang dalam menjalani proses
penghasilan kasut, beg atau sebagainya.rti menyerahkan se
Selain
itu , terdapat juga jenis nilai faedah masa di mana penyimpanan
barangan stor dalam masa yang panjang dan dikeluarkan jika terdapat
permintaan pasaran contohnya barangan barangan runcit disimpan di dalam
gudang dalam temph yang lama dan dibawa keluar oleh pemborong untuk
menunaikan permintaan pasaran khususnya peruncit.
Milikan
merupakan jenis nilai faedah pengeluaran yang bererti menyerahkan
sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada ,mereka yang sesuai contohnya
Ramli menyerahkan kilang kasut kepada Bakar yang merupakan seorang
usahawan yang menjalankan perniagaan kasut
Terima Kasih Cikgu2 Semua....^^,
ReplyDelete